Mari Amalkan

Posted: 3rd May 2012 by zakisawie in Utama

Share:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Twitter

Aku Pengsan

Posted: 28th February 2012 by zakisawie in Utama

Tanggal 21 Feb yang lepas merupakan hari paling bersejarah dan tidak akan aku lupakan kejadian. Hari tersebut bermula dari bangkit tidur semua rutin harian aku seperti hari bekerja biasa. Tidak ada rasa tanda-tanda keletihan dan kepenatan pun. Malah Aku juga bersarapan pagi seperti biasa nasi goreng dan teh o panas.

Pada hari tersebut juga diadakan hari memperingati Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ditempat kerja aku. Kami berarak beramai-ramai sambil melaungkan selawat ke atas nabi. Acara berarakan di akhiri dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan.

Namun, bukan lah isi ceramah yang disampaikan ingin aku ceritakan di sini tetapi kesan yang amat mendalam terhadap diri aku apabila penceramah tersebut memaparkan beberapa rakaman video berkenaan kemalangan jalan raya yang amat tragis atau aku klasifikasikan sebagai 18SG. Dalam hati aku mana plak le penceramah ni dapat rakaman video tu. Salah satu rakaman video tersebut cukup memberikan kesan yang teramat sangat. Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki yang kemalangan jatuh di tepi jalan dengan tubuh dan muka tertiarap di bahu jalan. Dalam masa yang sama juga aku lihat ramai orang yang disekeliling hanya memerhatikan dia sahaja tanpa berbuat apa-apa. Mungkin tidak berani hampir atau dilarang oleh sesiapa. Pada mulanya aku tertanya masih hidup lagi kah hamba Allah itu. Kemudian datang dua lelaki lain memalingkan hamba tersebut dan terus aku nampak mukanya tidak lagi kelihatan seperti muka. Hanya darah merah yang pekan melumuri muka hamba Allah ini. Lebih menyanyatkan sebaik dipalingkan nafasnya menjadi nazak seperti tersangkut-sangkut. Di kala ini dalam hati ku terus beristigfar panjang tanpa henti. Hati menjadi amat sayu melihat keadaan hamba Allah itu yang sudah nazak tetapi tiada seorang pun disekeliling yang sukarela datang membantu untuk membisikkan kalimah syahadah. Di saat ini aku terus-menerus bersyahadah dan bersyahadah dan bersyahadah sehingga aku dapati dengan tiba-tiba suasana terang menjadi kelam dan terus gelap secara tiba. Sebaik aku sedar semula aku dapati beberapa rakan mengelilingi aku dan aku sendiri hairan. Aku tanya pada mereka apa yang terjadi? Kawan-kawan kata aku collapse secara tiba-tiba semasa duduk. Aku sendiri pun terkejut. Selepas itu, aku dapat rasakan peluh dingin mula membasah muka dan seluruh badan.

Persoalan yang timbul dalam fikiran aku bagaimana perkara ini boleh berlaku. Aku pitam ke? Sebab sebelum ini aku tak pernah pitam pun. Adakah aku mabuk darah? Adakah rakaman tersebut begitu memberikan kesan yang amat mendalam? Aku terasa bagaikan aku pula seperti hamba Allah itu. Adakah itu rasanya apabila tiba saat untuk pergi? Aku sendiri pun tidak tahu.

Namun aku bersyukur, alhamdulillah sebaik sedar aku dibawa ke rumah sakit. Periksa tekanan darah ok, oksigen dalam darah ok. Akibatnya nah ambik aku ditusuk jarum masuk air dan ditusuk satu cucukan di punggung dan disuruh rehat tidur. Sebaik sedar dari tidur, air yg ditusuk ke tubuh telah habis dan aku dibenarkan pulang. Kesan tusukan di punggung pula terasa badan lebih bertenaga dan segar.

Walau bagaimanapun aku plan nak buat pemeriksaan kesihatan lebih lanjut selepas ini. Lagi pun dah lama juga tak buat medical check up. Insya allah sekembalinya aku dari tugas panjang nanti aku nak mula dulu dengan pemeriksaan darah terlebih dahulu.

Share:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Twitter

Hari Taman Abang dan Adik

Posted: 27th February 2012 by zakisawie in Aku

Sabtu 25 Feb 2012 yang lepas Syakir Aiman sendiri istihar hari Taman Abang dan Adik. Apa taknya lepas lunch pukul 2 petang kami sekeluarga dah keluar umah pi makan Tutti Fruti. (Qistina sebut Tutti Putti Putti). Rasanya sejak ayah mula keje kat kuantan memang dah lama sangat ayah dan mama bawak korang makan kat Tutti Fruti. Kali nie kami pegi new outlet dekat Setiawangsa sebelah Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Syakir Aiman lah orang yang paling seronok sampai tak cukup satu tambah satu lagi cup Tutti Frutti. Ayah rasa Syakir Aiman Puas sangat makan sebab second cup yang Syakir Aiman makan tu ade lagi suku je Syakir Aiman cakap dah tak larat nak makan dah. Hahahahahaha….. so lepas nie tunggu lama skit baru kita makan lagi ok anak-anak ayah dan mama. Sebab sekali sekala boleh ler. Sedap mahal tetapi sedap rasanya berpadanan dengan harga.

Lepas tu ayah dan mama bawak plak Syakir Aiman dan Qistina gi main taman. Beria-ia Qistina cakap tak balik umah, tak nak balik umah sebab nak main taman. Nak bawak korang maian taman kat Tasik Titiwangsa dah selalu sangat. Ayah dan mama pun bosan. Taman Tasik Keramat lagi ler jarang-jarang bawak korang sedap susah parking. Last sekali ayah dan mama gamble bawak gi Taman Tasik Perdana. Walaupun ayah dan mama pernah dating kat situ masa zaman bercinta tak pernah nampak plak ader playground kat situ.

Alhamdulillah, keputusan ayah dan mama bawak korang ke situ telah membuatkan petang tersebut kita sekeluarga seronok sangat. Sebab:

Pertama, suasana kat Taman Tasik Perdana begitu tenang sekali jauh dari bunyi kenderaan di ibukota. Kita dapat berjalan kaki sekeluarga keliling tasik. Ditemani bunyi unggas yang selalu jarang-jarang kita dengar. Ayah rasa tenang dan damai sekali.

Kedua, buat kali pertamanya kita sekeluarga dapat naik basikal keliling Taman Tasik Perdana. Satu pengalaman yang cukup menyeronokkan bila ayah dan mama dapat bonceng Syakir Aiman dan Qistina. Ayah rasa itulah perkara yang sebenarnya dah lama ayah impikan untuk bawak korang naik basikal jalan. Kalau ada masa lagi kita pergi lagi nak tak?

 

Ketiga, kita sekeluarga spend masa almost sejam rehat dekat kolam air pancut sambil Syakir Aiman dan Qistina bagi makan ikan dengan jajan Super Ring. Ayah dapat tengok korang seronok sangat bila ikan tu meloncat-loncat makan Super Ring yang di baling ke dalam kolam. Syakir Aiman plak Ayah tengok terlalu eager nak pegang ikan-ikan tu macam ko nak terjun masuk dalam kolam je.

Keempat, hari tu ayah dapat tengok Syakir Aiman dan Qistina macam bebas dari kandang je (keluar umah) sebab sepanjang masa korang asyik berlari je.

Kelima, kat playground korang dah tak kisah mana Ayah dan mama, sampai kami plak yang kena keep on eye korang kesanake sini. Part yang paling susah nak pujuk Qistina balik umah sebab hari dah petang. Sampai ayah terpaksa dukung Qistina plak pujuk balik. Agaknya kalu biarkan korang sampai ke malam pun kita kat playground lagi kot.

As usual, ayah dan mama selalu tanya soalan bila kita balik dari jalan-jalan. Abang dan adik seronok tak? Syaikir Aiman jawab…… Boleh tak kita dating tempat ni lagi sebab Abang seronok sangat la mama….. Hari ni Hari Taman Abang dan Adik……..

Share:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Twitter

Qistina.. Qistina.. Qistina…

Posted: 16th February 2012 by zakisawie in Aku

Dah masuk hari ketiga ayah hantar adik ke Krista…. resulnya walaupun tak tido siang dapat tido awal pada malam hari.. adik tetap nangis juga bila bangun pagi nak mandi. Hari-hari janji tak nak nangis tapi nangis jugak adik. Nie kan pulak mama yang selalu berhadapan keadaan mcam nie ngan adik ayah pun rasa tak larat juga kalu adik terus cam nie selalu. Walaupun nak ke sekolah nangis tapi ayah seronok bila ambik adik balik sekolah adik ceria jugak. Tak henti-henti dalam kete cerita apa yang adik buat kat sekolah. Dah macam ayah yang kena bebel dalam kete.

Mungkin inilah dugaan untuk ayah dan mama untukl sekolah adik. Syukur abang ok…. tapi sejak ayah cuti urus korang pegi sekolah abang pun nangis skit gak… tapi takpelah mungkin korang nak test kesabaran ayah kot. Ayah ambik positive semua tu. Ayah tak kisah pun janji korang berdua nak ke sekolah. Cuma mamalah yang terpaksa banyak bersabar dan berkorban dengan kerenah abang  dan adik.

Sebab kenapa adik nangis bangun pagi? Adik jawab sebab ayah kejut adik sebab tu adik nangis… Kalau ayah tak kejut adik bangun adik tak gi sekolah le camtu…. sungguh konkrit jawapan anak dara ayah…..

Share:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Twitter

Mr Mama ke Krista

Posted: 14th February 2012 by zakisawie in Aku

Syukur Alhamdulillah pagi nie mama kata Qistina takdelah mengamuk beria-ia sangat macis sikit je sebelum-sebelum. May be sebab ayah ader kot. Qistina nangis je masa nak mandi dan pakai baju. Seronok dapat pakaikan Qistina dan Aiman baju sekolah Krista. Berkaca juga mata sebab seronok dapat siapkan anak-anak nak ke sekolah. Mama pun pagi tadi takde lah kelam kabut sangat macam selalu. Nampak comel dan cute nak ke Putrajaya sambung meeting di KKM.

Paling kelakar bila aiman nak honey star ngan fresh milk ayah letak dalam cawan plastik bukan dalam mangkuk seperti selalu mama buat untuk Aiman. esok ayah letak dalam mangkuk aiman ok. Qistina mula-mula tak nak sarapan…. nak kuar rumah pun berdukung. Tapi si kecik nie manja kena dukung jugak bawak ke meja makan baru nak sarapan honey star cam abang dia. Qistina makan sendiri sampai habis dan minum air soya sebelum ke sekolah.

Dalam kete pun masing-masing tak banyak kerenah…. syukur alhamdulillah. Sampai sekolah cikgu sambut kat kete Aiman n Qistina dipimpin cikgu masuk ke perkarangan sekolah. Ayah nampak sendiri Qistinq buka kasut sendiri letak kat rak kasut. Sama juga ngan aiman. Lepas letak kasut Qistina sendiri masuk ke pintu masuk kelas… skit pun tak jeling ayah dia yang excited tengok apa yang anak-anak ayah buat sampai kat sekolah.

Lepas hantar Aiman dan Qistina, ayah gi beli ikan kat Kedai Ikan 1 Malaysia, bank in duit kete n balik umah. Lamanya nak tunggu Aiman n Qistina balik. Ayah tak sabar nak jemput korang balik sekolah. So ayah decide nak sampai Krista awal. Bleh tengok Aiman n Qistina keluar class lak. Tepat kul 12.30 beruyun-duyun kanak-kanak sebaya Aiman n Qistina kuar. Ayah seronok tengok gelagak qistina cari kasut yang pagi tadi letak kat rak… pakai sendiri kasut. Tapi dari jauh ayah perasan skarf qistina takde kat kepala. Ayah nampak Qistina tanya cikgu…. kejap lepas tu cikgu datang semula bawa skarf Qistina. Lepas tu cikgu pimpin korang ke luar pagar hantar ke kereta yang ayah parking betul sebelah pagar tu je.

Takde perkataan dapat digambarkan dalam hati ayah seronok bila dapat hantar n ambik aiman n qistina dari Krista.

Esok Qistina dah janji ngan ayah tak nak nangis lagi masa mandi…… so kita tunggu dan lihat esok…

Share:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Twitter

Terserlah Kekurangan Stamina Ku…..

Posted: 20th January 2012 by zakisawie in Aku

Syukur alhamdulillah petang tadi tercapai juga niat berfutsal dengan anak-anak buah. Kali terakhir join mereka beberapa bulan yang lepas kot. Lama sangat tinggal. agak kekok juga tadi bila kali pertama masuk court setelah beberapa bulan tinggal. Syukur tiada sebarang kecederaan yang menimpa. Peluh masin pula laju keluar dari tubuh membuatkan jersi malaysia hitam kuning yang aku pakai tadi lencun macam mandi hujan je.

Tapi memang terasa baru beberapa main dengan tempo yang laju maklumlah join anak-buah sume tenaga muda bertubuh tegap berbanding aku nie masuk 3 series tapi debab nyata sekali kurang stamina. So lepas nie kena selalu juga jogging untuk tambah stamina sedikit demi sedikit. Banyak yang perlu dibuat. lepas nie cuti CNY yang panjang harap-harap lepas cuti nanti akan mampu continue aktiviti mencabar diri sendiri nie. Mungkin semasa cuti CNY kena pikirkan aktiviti mencabar diri sendiri yang bersesuaian untuk dilakukan bersama keluarga. Untung juga satu family bleh kuar peluh.

Tatkala jari jemari nie menaip mata macam antara nampak tak nampak je keyboard….. kabur je… tanda aku dah ngantok dowh….. apa lagi baik le tido esok hari last koje minggu nie sebelum cuti CNY yang panjang.

Next, nak rajin jogging waktu petang lepas waktu koje…..  aku cabar ko zakisawie…. ada beran….

Share:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Twitter

Mencabar diri sendiri……

Posted: 19th January 2012 by zakisawie in Aku

Selama nie hanya satu je perkara yang masihtak tercabar oleh diri sendiri……. nak mengurangkan berat badan. Dah bertahun-tahun azamnya tapi masih juga tak tertunai malah tak juga menampakkan hasil.  Bujat masa sekarang yang almost hampir berjaya aku lakukan adalah pengambulan yang aku kira cukup minimum bagi seseoarang seperti aku iaitu sesenduk nasi sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu sahaja kuantiti itu akan ditambah mengikut keadaan dan keperluan. Tetapi overall aku berjaya kawal hahahahahaha…..

Cuma skang aku kena mencabar dan terus mencabar diri sendiri selain turun ke golf course sedang memujuk diri sendiri untuk setiap petang berusaha mengeluarkan peluh tak kira ler apa jua jenis sukan futsal ke, jogging ke dan apa-apa jua yang bleh mengeluarkan peluh.

Pagi tadi detik yang cukup seronok bila dapat bersenamrobik untuk hampir setengah jam. Rasanya mengalir peluh satu badan tambah lagi pakai sweater. Seronok bukan kepalang sebab dapat rasa peluh mencurah-curah dan terasa semua sendi sendi badan bergerak serta merasai kesegaran yang amat sangat. Kalu hari2 senamrobik pun bagus juga.

Buat saudara zakisawie, dengan adernya entri ini makan saudara kena lah berusaha untuk memastikan azam yang dinyatakan di atas akan terlaksana sepanjang tahun ini. Ia umpama mengingatkan diri sendiri melalui entri yang akan dipostkan sebentar lagi. Harap-harap ini bukan hangat-hangat tahi ayam je ler…… kena positif dan inisiatif. Sekilo turun sebulan bleh kot??????

Share:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Twitter

Kerisauan Mama dan Kebimbangan Ayah

Posted: 17th January 2012 by zakisawie in Aku

Macam mana nak mulakan entri kali nie.  Hati dan diri ayah tidak paham kerana ada juga di Malaysia ini seorang perempuan yang tidak dapat memahami hati dan perasan seorang ibu. Persepsi aku hanya satu sahaja oleh kerana kami cukup terdesak maka peluang itu digunakan untuk mengaut kadar keuntungan yang cukup tinggi pada harga yang tak masuk akal. Atau adakah memang perempuan itu tidak sanggup menunaikan apa yang kami pinta. Jika tidak sanggup maka katakan sahaja tidak sanggup. Janganlah sampai mencekik poket kami yang tak seberapa ini sebagai kiasan untuk membuatkan kami faham maksud tersembunyi. Pada hemat aku pasti dia berfikir…. kalu nak bayar lebih aku untung sesangat. Kalu tak nak aku tak rugi apa-apa pun. Pelik dan jelik seorang perempuan seperti ini tidak faham akan situasi kami.

Aku percaya hanya motif duit dan keuntungan sahaja yang di cari perempuan ini walaupun hanya bekerja sebagai pemandu van sekolah sebuah tadika di tempat kami tinggal. Bukan niat untuk membantu kaum ibu dan bapa yang tak sempat untuk mengambil anak pulang dari sekolah. Ini belum di kira lagi dengan prestasi dan perkhidmatan yang dia berikan. Bayangkanlah kalau satu van bawa 6-8 kanak-kanak (umur 4-6 tahun) hanya dia seorang sahaja tanpa pembantu pemandu, adakah kita pasti bila sampai di depan rumah dia juga yang akan bukakan pintu. Jika dia yang akan bukakan pintu sambut turun anak-anak ini dari van atau ada ibu (suri rumah) atau pembantu yang menyambut saya pasti itu boleh diterima. Jika tidak ada…….Tidakkah anda terfikir bahawa anak-nak kecil ini akan buka pintu sendiri dan berjalan sendiri ke pagar pintu rumah.

Aku rasa perkara ini mungkin berlaku atau tidak berlaku pada tempat-tempat lain. Tetapi tidak mustahil ader juga berlaku. Jika tiada kemalangan jiwa maka akan senyap dan berlalu begitu sahaja. Hal ini aku cuba kaitkan dengan beberapa kisah dan kes nursery yang tumbuh melata di serata bandar-bandar besar di seluruh negara dulu. Yang bila terbuka pekung berlaku kematian bayi-bayi yang dijaga mereka meninggal dunia akibat kecuaian penjaga. Barulah pihak berkuasa terkocoh-kocoh menyarankan mereka berdaftar dengan jabatan yang sewajarnya.

Apalah sangat luahan rasa ini, mungkin ini kes terpencil yang tidak akan ader sesiapa sudi membaca dan memberi perhatian tetapi cukupalah sekadar aku meluahkan rasa kerisauan mama dan kebimbangan ayah.  Keputusannya Mama terpaksa berkorban  mengambil anak-anak dari sekolah walaupun jauh dari tempat kerja. Mujur ader orang lain yang memahami masalah kami……. terima kasih. Lebih selamat dan hati senang bila anak-anak selamat pulang dan sampai ke rumah. Cuma kami berharap agar kami semua diberi kekuatan untuk menempuh situasi ini selama mungkin serta diberi perlindungan oleh Tuhan agar semuanya berjalan lancar tanpa musibah di tengah-tengah. Kami anggap ini sebahagian dugaan buat kami.

 

Share:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Twitter

Apa Nak Di Kata: Semut pun nak minum……………….

Posted: 15th January 2012 by zakisawie in Aku

Dengar mcam tajuk lagu je …… tapi sebenarnya itulah yang Mama Aiman rasa. Sejak menginjak umur 6 tahun Aiman di rumah sudah pandai memberi alasan yang kira munasabah. Kekadang kita orang dewasa pun tak terfikir juga. Mungkin kanak-kanak ini baru mengenal dunia dah memandang setiap perkara dalam pelbagai perspektif. Kelakar dan pelik juga kita dibuatnya. Sebelum ini ada juga elbagai alasan yang diberikan tetapi tak sempat dikongsikan di sini.

Semalam Mama bagitau Aiman malas sungguh dia nak hantar semula bekas minum air soya dia ke sinki dapur. Puas Mama cakap berulang kali surug hantar ke dapur tapi dia selamba je. Bila ditanya kenapa tak nak hantar ke sinki dapur. Dengan selamba juga dia bagi alasan: NAK BAGI SEMUT MINUM, SIAN SEMUT TAK MINUM. Mama langsung tak terkata apa-apa gelak lagi ader. Betul juga kata budak2 yek. Semut pun nak minum juga. Rezeki yang kita dapat bukan je perlu dikongsi dengan sesama kita. Tetapi yang lebih penting setiap kurniaan tuhan berbentuk rezeki perlu dikongsi sesama mahklukNya walaupun dua ekor semut.  Sambung kata Aiman lagi dia bagitau semut cakap terima kasih dengan dia sebab bagi minum. Tersentak juga Mama. Bila difikirkan macam dia buat alasan sendiri mengada-ngada, tapi fikir dalam2 mungkin betul juga apa yang dia cakap. Budak mana reti menipu. Mungkin baya Aiman ada hijab yang masih belum tertutup. Betul atau tidak yang penting kita sendiri fikir lah yek…..

Share:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Twitter

Apabila Aiman dan Qistina………..

Posted: 13th January 2012 by zakisawie in Utama

Lama dah nak masukkan entri nie tapi tak menyempat nak upload dalam blog. Hujung tahun lepas kami sekeluarga menghabiskan masa pegi makan kat Soul Garden dan window shopping di KL Festival City, Setapak. Cuba merasa tempat makan baru di Soul Garden yang ada steamboat dan juga ada hot plate untuk kita bakor ayam, daging, lamb dan seafood. Harganya mahal le juga RM36 sekepala cuma budak2 free. Sehari suntuk juga kat situ, lepas makan pusing-pusing situ dan lepaskan Aiman dan Qistina kat Wonderland Playground di tingkat atas sekali……

Sejam juga memujuk Aiman dan Qistina untuk balik…. alasan yang memang konkrit Aiman bagi…. Abang dan adik tengah seronok sangat ni tau ayah…. Mana ada kat umah sume nie…. lama-lama skit la kita main kat sini…..

 

 

Share:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Twitter